Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday 5 September 2011

Pemberian Prepacked Ravin Enema & Ducolax Suppository


Definisi Ravin Enema
Enema adalah sejumlah cecair yang disalurkan ke dalam rektum melalui anus dengan menggunakan tiub.

Tujuan Pemberian:
1. Mengurangkan / melegakan sembelit
2. Membersihkan dan menyediakan rektum & sebahagian kolon sebelum prosedur diagnostik
3. Evakulasi najis untuk melatih semula bowel bagi pesakit hemiplegia atau paraplegia.
4. Mendapatkan spesimen najis untuk membantu diagnosis.

Indikasi Enema:
diberi kepada pesakit yang:
1. Mengalami sembelit
2. Akan menjalani Xray
3. Akan menjalani pembedahan
4. Akan menjalani pemeeriksaan sigmoidoscopy & colonoscopy

Kontraindikasi Enema:
Enema tidak diberi kepada pesakit yang:
1. Mempunyai luka pembedahan yang belum sembuh di anus
2. Menghidapi buasir berdarah
3. Tua & terlalu lemah

Tanggungjawab dalam prosedur pemberian enema
Sebelum:
1. Penerangan
- Tujuan untuk melegakan sembelit
- Dapat kerjasama & mengurangkan bimbang.
2. Persediaan peralatan
_ Ravin yang betul - tidak rosak, bocor, sumbing.
3. Persediaan persekitran
-Skrin
- Dedah bahagian punggung sahaja
4. Persekitran pesakit
- Posisi - lateral ikut struktur anatomical rectum

Semasa:
1. Melakukan prosedur
- licinkan tiub prepacked dgn vaseline.
- Tarik nafas dalam semasa kemasukan tiub ravin
- Nasihat tahan selama mungkin < > 30 minit
2. Melakukan permerhatian
- Keadaan keselesaan pesakit - cuci dubur
- Kemasukan peralatan - elak jangkitan silang.

Pemberian Suppository
Definisi:
-Ialah sejenis ubat atau pepejal yang terbentuk bujur untuk dimasukkan kedalam dubur untuk melembutkan najis.

Tujuan:
- Mengosongkan rectum - supository dulcolax
- Sebagai pengubatan / rawatan ke dalam rektum - supositori anusol

Jenis-jenis supositori:
1. Indocid - analgesik untuk melegakan inflamasi rawatan untuk arthritis
2. flagyl - antibiotik
3. Anusol - untuk hemorroid
4. Voltaren - untuk demam


Jenis supositori licin:-
1.Ducolax (Bisacody) -  simpan dipeti sejuk - cair dalam suhu panas.  Ia melebihkan pengeluaran lendir supaya melembutkan najis.
2. Glycerine - laksatif

Tujuan Supositori:
1.Pelicin untuk mengosongkan kolon
- Supositori ini akan mengalakkan proses defeksi dengan melembutkan najis.
2. Supositori berubat pula untuk megubati keadaan dalam rektum. E:g Haemorrhoid.
- tindakannya mengalakkan penyembuhan degan mengurangkan bengkaka dan inflamasi.

Indikasi
1. Sembelit
2. Haemorroid (mengurangkan inflamasi)
3. Demam tinggi - kanak-kanak
4. Untuk mengosongkan usus sebelum menjalani pembedahan major atau x-ray

Tanggungjawab Jururawat
sebelum:
1.Penerangan
-Jelas tentang tujuan pemberian supositori dan kerjasama
2.Persediaan peraltan
-Peralatan yang lengkap.
3.Persedaiaan persekitaran
-Skrin pesakit
-Dedahkan bahagian dubur sahaja
4.Persediaan pesakit.
-Pastikan pesakit yang betul dan supositori mengikut arahan.
-Baringkan pesakit ke posisi yang betul - lateral kiri.

Semasa:
1. Melakukan prosedur
-Beri arahan - tarik nafas melalui mulut dengan perlahan-lahan untuk mengendurkan oto sfinkter dalam dan mengurangkan sakit dan ketidakselesaan.
-Masukkan supositori ke dalam rektum sehingga lebih kurang 4 inci atau 7.5cm - galak penyerapan
2. Melakikan pemerhatian
-Pesakit tidak dalam kesakitan

Selepas:
1.Selesakan pesakit
2.Kemaskan peralatan
3.Perhatikan keputusan dan catatkan dengan betul.

0 comments:

Post a Comment