Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday 30 July 2011


Faktor sosiologikal dan psikologikal yang berkaitan dengan pengambilan nutrisi.
1.       Kepercayaan
       ~ Kepercayaan turun temurun sesuatu kaum seperti melayu tidak debenarkan memakan makanan yang sejuk seperti sayuran ketika berpantang
2.       Ekonomi
       ~ Keluarga yang berpendapatan rendah akan mengambil lebih karbohidrat kerana lebih murah berbanding protein dan lemak
3.       Demographic
       ~ Masyarakat yang tinggal di perkampungan mengambil lebih ulaman manakala masyarakat yang tinggal di tepi laut mengambil lebih protein

4.       Kebudayaan
       ~ Masyarakat melayu mengambil makanan yang pedas dan menggunakan tangan
       ~ Masyarakat cina mengambil makanan yang panas dan menggunakan chopstick
       ~ Masyarakat india menggunakan daun pisang sebagai pinggan
5.       Pendidikan
       ~ Seseorang yang berpendidikan memahami zat makanan dan tahu cara memasak untuk mengelakkan zat makanan hilang
6.       Umur
     ~ Bayi mengambil susu sebagai makanan utama
     ~ Kanak-kanak yang membesar memerlukan lebih kalori sesuai dengan tubuh badan mereka
7.       Pekerjaan
       ~ Seseorang yang melakukan kerja berat seperti buruh mengambil makanan yang tinggi       karbohidrat kerana memerlukan tenaga
8.       Jantina
       ~ Lelaki memerlukan lebih kalori dan protein untuk membina otot
       ~ Wanita memerlukan zat iron untuk menggantikan haemoglobin semasa haid

Wednesday 27 July 2011

DIET TERAPUTIK..

Diet teraputik merupakan diet yang diberikan kepada patient atas arahan doktor ataupun dietitian seperti penyakit Diabetes Mellitus, hypertension, Coronary Artery Disease, renal failure dan gout.

Selera makan boleh dipengaruhi oleh ;
  • kesakitan ~ kesakitan boleh mempengaruhi selera makan seseorang kerana rasa sakit selera makan dan penerimaan makanan terganggu dan pengambilan makanan berkurangan. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah beri ubat tahan sakit seperti yang diarahkan doktor. Elakkan dari melakukan tatacara yang menyakitkan pada waktu malam.

    •  kegemaran ~ di hospital, kemungkinan makanan yang disediakan tidak digemari olehnya. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan tanya pesakit makanan atau cara masakan yang digemarinya, buat tempahan makanan mengikut kegemaran pesakit jika protokol institusi atau hospital membenarkannya. 






    • persekitaran ~ persekitaran yang kotor dan bau-bauan yg tidak menyenangkan juga akan mempengaruhi selera makan pesakit. Cara mengatasi masalah ini ialah dengan memastikan persekitaran wad bersih dan bebas dari bau-bauan yg tidak menyenangkan. Keluarkan bedpan dan urinal sebaik sahaja pesakit menggunakannya.




    • kebersihan oral ~ mulut yang tidak bersih dan berbau akn mengurangkan selera makan pesakit. Cara mengatasi masalah ini ialah dengan memastikan mulut pesakit dibersihkan tiap2 hari dan berikan kumuran kepada pesakit sebelum dan selepas makan.





    • tekanan  emosi/ketakutan ~ tekanan emosi boleh mengganggu selera makan pesakit. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberi sokongan emosi, cuba utk membantu dan menyelesaikan masalah pesakit.





    • umur ~ pesakit yg tua kurang selera makan, pesakit yg tiada gigi dan pesakit yg mempunyai masalah penghadaman. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberikan makanan lembut yg mudah dikunyah dan suap pesakit jika tidak berdaya.



    • penyakit ~ pesakit diabetes dan hipertensi terpaksa mengawal pemakanannya  menyebabkan pesakit bimbang dan seleranya terganggu. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai pemakanan dan berikan handout utk dijadikan rujukan dr semasa ke samasa.

    Jenis-jenis teraputik diet ;

    Normal diet.
    - makanan yg seimbang yg diberikan kpd semua pesakit.
    - tiada kawalan makanan 
    Soft diet.
    - makanan seimbang yg mudah dihadam dan dikunyah utk kegunaan badan.
    - dalam bentuk bubur atau sup
    - termasuk nestum,oats dan roti.




    Light/ bland diet.
    - makanan yg lembut yg tidak mempunyai rempah dan tidak berserat.
    - diberi khas utk pesakit gastro - usus seperti gastric atau duodenal ulcer, gastrititis dan cirit birit.
    - contohnya seperti susu dan krim, ikan kukus, telur rebus dan pudding/ kastard.







    High protein diet.
    - makanan yg mengandungi lebih protein utk membantu npembinaan sel-sel untuk memepercepatkan pemulihan penyakit.
    - diberikan kepada pesakit selepas pembedahan, terbakar atau melecur kerana kehilangan plasma, cedera, ibu-ibu mengandung dan semasa penyusuan. 
    anemia.
    - contoh makanan yg tinggi protein ialah daging, ikan, ayam, susu dan keju. 

    Low protein diet. 
    - makanan yg mengandungi kurang protein.
    - diberi kpd pesakit yg mengalami gangguan dalam metabolisma protein.
    - contohnya pesakit yg mengalami kegagalan renal dan hepar.




    Low salt diet.
    - kurang garam kerana garam menyebabkan air berkumpul di tisu dan sel.
    - utk mengawal imbangan air dalam badan dan mengurangkan edema.
    - untuk pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang, kardiovaskular, pre-eclampsia(komplikasi kehamilan)
    - elakkan mengambil jeruk, kicap, sos, telur masin dan ikan masin. 









    Fat free diet. 
    - diet tanpa lemak untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam darah.
    - elakkan mengambil organ haiwan (limpa,hati), elak makan makanan berlemak (mentega, keju, coklat)
    - ambil ayam tanpa kulit, ambil susu tanpa lemak (skim milk), tambahkan minyak sari sayuran (minyak jagung, minyak kelapa sawit, marjerin.
    Low fat diet.
    - kandungan lemak dan minyak yang dikurangkan bawah paras keperluan harian.
    - makanan ini direbus, kukus atau dibakar.
    - untuk pesakit kolestisisis (inflamasi di pundi hempedu), kekuningan di kulit yang disebabkan oleh duktus hempedu yg tersekat.





    Diabetic diet.
    - disediakan utk pesakit diabetes.
    - kurangkan lemak, karbohidrat, elak memberi makanan yg manis dan makan mengikut masa.
    - tambahkan makanan yg berserat.






    High calorie diet.
    - makanan yang tinggi kalori.
    - kansungan karbohidrat, protein dan lemak yg tinggi.
    - contohnya, susu cair atau tepung.
    - bertujuan untuk menaikkan berat badan, membaiki tisu yg rosak kerana melecur atau kebakaran.
    Nourishing fluids/ liquid diet.
    - cecair yg membekalkan zat seperti susu, milo sustagen, komplan dan sup.
    - diberi kpd pesakit selepas pembedahan tonsil, kepatahan tulang rahang, ulser yg teruk di mulut dan susah menelan, demam.
    - juga diberi melalui tiub utk pesakit yg tidak sedar diri, lumpuh, selepas pembedahan mulut atau tekak, pesakit yg terlalu lemah.



    Low residue diet.
    - makanan yg kurang serat dan gentian.
    - elakkan sayuran, bijirin dan buah-buahan.
    - untuk pesakit yang menjalani pembedahan usus.
    - untuk mengurangkan penghasilan hampas makanan, rehatkan trek penghadaman dan kurangkan pembentukan najis di hujung usus.
    High residue diet.
    - tinggi dlm serat utk memudahkan pembuangan air besar dan merangsang peristalsis.
    - makanan seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
      
    -untuk merawat sembelit.
     

    ~ INHALATION THERAPY ~

    DEFINISI :
     ~ satu prosedur di mana wap lembap atau wap berubat disedut melalui mulut ke dalam terk pernafasan untuk memberi kesan setempat atau menyeluruh bagi sesetengah penyakit khususnya penyakit di trek pernafasan seperti laringitis, bronchitis dan sinusitis.

                    
    KAEDAH 'INHALATION THERAPY'..
    • wap lembap (sedutan lembap)
              i) Sedutan wap tanpa ubat (steam inhalation - sedutan wap air
                 panas sahaja dengan  menggunakan 'Nelson Inhaler'.

                 - hanya menggunakan air mendidih untuk sedutan.
                 - isikan Nelson Inhaler dengan air panas.
                - arahkan pesakit menyedut wap melalui mulut dan hembus
                  melalui hidung.

             ii) Sedutan wap dengan ubat (sedutan Nelson - bekas yang
                 digunakan dinamakan Nelson Inhaler)

                 - ubatan dicampur dengan air panas untuk mendapatkan
                   wapnya.

                         
    • wap kering (sedutan kering)
              - pemberian gas anaesthetic kepada pesakit.
                 cth : ether, nitrous oxide dan chloroform.

    UBAT-UBATAN YANG DIGUNAKAN..
    • tinture benzoin
    • menthol crystal / menthol 2%
    • minyak eucalyptus
    TUJUAN..

    ~ untuk melegakan trek pernafasan.
    ~ memberi kesan kepanasan, kelembapan di trek pernafasan.
    ~ mencairkan dan melonggarkan mukosa supaya mudah dikeluarkan
       dengan cepat dan berkesan.
    ~ melegakan dispnea bagi membenarkan pengaliran udara dengan
       lancar dan berkesan.
    ~ membantu dalam penyerapan ubat melalui paru-paru bagi kesan
       setempat.

    KONTRAINDIKASI..

    - pesakit tidak boleh menerima arahan :

       a) pesakit tidak sedar diri.
       b) pesakit gangguan mental.
       c) kanak-kanak.

    - pesakit lumpuh.

    - pesakit yang mengalami kecederaan di mulut.

    - pesakit yang mengalami pendarahan.

    - pesakit yang mengalami fraktur.

    KOMPOSIT SKIL..
    • air panas mestilah 5 minit selepas didihan atau 80 degree celcius.
    • air panas diisi di bawah paras muncung.
    • 'mouth piece' di balut dengan gauze dan di pasang bertentangan dengan muncung alat sedutan Nelson Inhaler.
    • Nelson Inhaler mesti dibalut dengan sarung dan diletak didalam mangkuk.
    • cara sedutan - disedut dalam-dalam menggunakan mulut dan hembus menggunakan hidung.


             


    terapi oksigen

    definisi
    suatu rawatan dimana oksigen diberi untuk melebihkan kadar oksigen dalam pernafasan pesakit yang menunjukkan tanda-tanda sianosis ( kesukaran bernafas ).

    ciri-ciri oksigen
    • gas yang tidak berbau
    • tanpa warna
    • tidak boleh dirasa
    • bergerak bebas diruang atmosfera 
    • larut dalam air
     tanda-tanda Hipoksia
    • nadi cepat untuk bekalkan oksigen ke tisu
    • pernafasan cepat dan cetek/ dypnea (sukar bernafas)
    • pucat kebiruan-kurang oksigen ke bibir mulut,kuku
    tindakan jurururawat bagi pesakit yang mengalami Hipoksia  :
    1. Perlu tenang dan cekap
    2. Kenalpasti penyebab hipoksia
    3. Baringkan pesakit dalam keadaan fowler's untuk bantu luaskan ruangan toraks.
    4. Tentukan trek pernafasan tiada sebarang kesekatan.
    5. Beri terapi oksigen.
    indikasi pemberian terapi oksigen :
    1. Pesakit yang mengalami dispnea dan sinosis
    2. Pendarahan teruk
    3. Keracunan gas karbon monoksida
    4. Anemia yang teruk
    5. Kecederaan didada seperti fracture tulang rusuk.
    6. Asfiksia, kelemasan/ tercekik
    7. Renjatan
    Oksigen boleh dibekalkan melalui 2 cara :
    1. Oksigen berselinder
    • ada yang kecil ( boleh dibawa bersama strecther) dan ada juga selinder yang besar.
    • digunakan apabila memindahkan pesakit.
       2.   Sistem saluran paip
    • Dipanggil 'centralised oksigen supply' dimana oksigen dibekalkan dari selinder besar yang terletak disatu tempat khas, kemudian paip ini di pasang ke dinding oksigen diambil terus daripada 'wall outlet', di bahagian atas hujung kepala pesakit.
    Prinsip-prinsip dalam pemberian oksigen :
    1. Beri jumlah mengikut arahan doktor.
    2. Perisa alat-alat yang digunakan, seperti tangki yang betul(tidak kosong), labelkan KOSONG jika selinder telah kosong dan cabut regulator, alat-alat tidak bocor, sediakan tangki tambahan.
    3. Pastikan trek pernafasan pesakit tidak tersekat.
    4. Gunakan saiz kateter yang sesuai.
    5. Beri jagaan mulut setiap 3-4 jam.
    6. Membersih dan membasmi alatan dengan betul.
    7. Lakukan asesmen terhadap pesakit.
    8. Catat dan lapor sebarang keabnormalan.
    Kaedah-kaedah terapi oksigen :
      i) Kateter nasal
    • Tiub yang diperbuat dari getah/plastik yang berfleksibel.
    • Oksigen yang diberi dalam konsentrasi yang rendah 1-6 liter/minit = 30-35 % (tidak melebihi 45%).
    • Dewasa ( 4-6 liter/minit), kanak-kanak (1-2 liter/minit)
     ii) Kanula Nasal (Nasal Prong)
    • Ia terdiri dari plastik/getah tiubing pendek 'curved prong' untuk dimasukkan ke rongga hidung.
    • Panjang 0.6-1.2 sm bersambung dengan tiubing prong kanan dan kiri dapat menerima bekalan oksigen.
    • pemberian oksigen 1-6L/min, konesntrasi 24-44%.
     iii) Topeng Mask
           Terbahagi kepada tiga :
    • Simple Mask









     High flow mask

    Venturi / venti mask / hudson mask

    iv) Khemah oksigen (tent)

    • Diperbuat daripada plastik transparent-menutupi katil sepenuhnya.
    • Konsentrasi oksigen 30-35%
    • Jarng digunaka kerana isipadu oksigen yang diperlukan terlalu banyak untuk memenuhi tent tersebut.




    Friday 22 July 2011

    ~Senaman Batuk dan Senaman Pernafasan Dalam~

    Makna senaman pernafasan

    Adalah satu pergerakan pernafasan yang aktif dilakukan dibawah penyeliaan untuk menentukan perkembangan toraks yang berkesan.

    Jenis-jenis pernafasan dalam

    1. Pernafasan dalam dan batuk 
    2. Pernafasan pursed lip - Pernafasan ekspresi Basal dilakukan untuk pengembangan paru -paru
    3. Pernafasan diafragmatik - Pernafasan ekspresi Apikal dilakukan untuk pengembangan dada bahagian atas


    Indikasi senaman pernafasan

    • Pesakit yang mengalami masalah mobiliti
    • Pesakit yang mengalami gangguan fungsi pernafasan
    • Pesakit post surgery
    • Pesakit jantung
    • Pesakit tua / tidak berdaya
    Makna senaman batuk

    Adalah satu tindakan batuk yang dilakukan secara penyeliaan untuk mengeluarkan kahak

    Indikasi senaman batuk
    • Batuk yang produktif
    • Batuk yang kronik
    • Pesakit post surgery
    Tujuan Pernafasan
    • Untuk meningkatkan ventilasi pulmonory dan ekstensi paru-paru
    • Untuk melonggarkan sekresi di saluran pernafasan
    • Untuk menggalakkan bernafas secara dalam dengan kurang penggunaan tenaga
    • Untuk mencegah hipoventilasi akibat kesan anesthesia.
    Mekanisme batuk terdiri dari iritasi seperti kahak atau akibat dari :
    • Pernafasan dalam
    • Penutupan yang cepat dan ketat oleh glottis, kontraksi otot-otot yang kuat otot- otot interkostal
    • Penolakan diafragma kearah atas.
    • Mekanisme ini menyebabkan pergerakan udara yang eksplosif dari saluran pernafasan bawah kearah atas
    Spirometri

    Untuk menggalakkan pernafasan dalam secara voluntari dan memperolehi bacaan tentang isipadu pernafasan dalam satu jenis peralatan yang dikenali sebgai intensif spirometri boleh digunakan.