Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday 7 September 2011

NUTRITION - FAKTOR SOSIOLOGIKAL DAN PSIKOLOGIKAL

FAKTOR-FAKTOR SOSIOLOGOKAL DAN SPIKOLOGIKAL YANG BERKAITAN DENGAN PENGAMBILAN NUTRISI



FAKTOR
CONTOH
1. Kepercayaan
  • kepercayaan turun temurun yang diwarisi oleh sesuatu kaum

~ Masyarakat melayu tidak dibenarkan makan makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ketika berpantang kerana akan memudaratkan kesihatan


~kanak-kanak tidak dibenarkan makan ikan kerana akan menyebabkan cacing


2. Ekonomi
  • Akan mempengaruhi pemilihan dan pengambilan makanan

~ Keluarga yang berpendapatan rendah akan mengambil lebih karbohidrat kerana karbohidrat lebih murah berbanding protein dan lemak
3. Demographic
    ~ Masyarakat yang tinggal di kawasan perkanpungan akan mengambil lebih ulam-ulaman


    ~Masyarakat yang tinggal di tepi pantai akan mengambil lebih makanan laut


    ~ Faktor cuaca – tinggal di tempat sejuk mungkin mengambil lebih karbohidrat dan lemak untuk mendapatkan tenaga yang lebih bagi memanaskan badan


    4. Kebudayaan
    • diamalkan secara turun temurun
    ~ Melayu – makan makanan pedas, dan halal, menggunakan tangan


    ~ Cina – makan makanan yang masih panas dan menggunakan chopstick


    ~ India – makan makanan pedas dengan menggunakan tangan dan menggunakan daun pisang sebagai pinggan


    5. Pendidikan
    • seseorang yang berpendidikan tinggi akan lebih memahami mengenai:
    ~ Zat dan keperluan makanan


    ~ Cara penyediaan dan cara memasak makanan supaya dapat mengelakkan zat dalam maknan hilang


    ~ Tahu menilai makanan yang diambil sebagai keperluan oleh mereka


    6. Umur
    • keperluan makanan berbeza mengikut umur seseorang
    ~ Seorang bayi mengambil susu sebagai makanan utamanya


    ~ Kanak-kanak yang sedang membesar akan aktif, kadar metabolisma yang tinggi memerluakan lebih kalori sesuai dengan berat badan mereka berbanding orang dewasa


    7. Pekerjaan ~ Seseorang yang melakukan kerja berat seperti buruh memerlukan tenaga yang banyak


    ~ Mereka akan mengambil lebih makanan karbohidrat


    8. Jantina ~ Lelaki – memerlukan lebih karbohidrat untuk membina otot dan saiz badan yang lebih besar.


    ~ Wanita – memerlukan lebih zat iron/ferum untuk menggantikan hemoglobin yang hilang melalui kedatangan haid dan semasa melahirkan


    9. Tekanan emosi ~ Seseorang akan mengambil makanan secara berterusan ataupun sebaliknya



    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENERIMAAN DAN SELERA MAKAN

    *      Alam sekitar

    Ø  Manusia makan sebagai respon terhadap faktor persekitaranseperti adanya makanan ataupun tibanya masa makan untuk makan
    Ø  Suasana /kawasan persekitaran yang sesak, bising,dan kotor pula menolak perasaan ingin/selera makan

    *      Penyakit – status kesihatan mempengaruhi pemilihan nutrisi dalam pelbagai cara

       Ø  Dalam keadaan tidak sihat seperti demam seseorang itu kurang selera makan
    Ø  Makanan yang dipercayai dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan atau memberi kebaikan kepada kesihatan akan sentiasa menjadi pilihan. Cth : ulam-ulaman

    *      Ketidakupayaan
    Ø  Pesakit yang menjalani pembedahan untuk amputasi pada tangannya yang dominan akan menghadapi masalah untuk makan
    Ø  Kesukaran fizikal untuk mendapat dan menyediakan makanan juga akan menghadkan pemilihan makanan seperti individu yang lumpuh

    *      Penyediaan makanan
       Ø  Sediakam makanan beraneka jenis
       Ø  Jangan masak makanan terlalu lama
       Ø  Sentiasa menjaga kebersihan makanan

    *      Tabiat makanan
       Ø  Pengaruh iklan-iklan di media massa
       Ø  Terpengaruh dengan faktor luaran seperti adanya makanan sedap disekeliling



    0 comments:

    Post a Comment