Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday 27 July 2011

terapi oksigen

definisi
suatu rawatan dimana oksigen diberi untuk melebihkan kadar oksigen dalam pernafasan pesakit yang menunjukkan tanda-tanda sianosis ( kesukaran bernafas ).

ciri-ciri oksigen
  • gas yang tidak berbau
  • tanpa warna
  • tidak boleh dirasa
  • bergerak bebas diruang atmosfera 
  • larut dalam air
 tanda-tanda Hipoksia
  • nadi cepat untuk bekalkan oksigen ke tisu
  • pernafasan cepat dan cetek/ dypnea (sukar bernafas)
  • pucat kebiruan-kurang oksigen ke bibir mulut,kuku
tindakan jurururawat bagi pesakit yang mengalami Hipoksia  :
  1. Perlu tenang dan cekap
  2. Kenalpasti penyebab hipoksia
  3. Baringkan pesakit dalam keadaan fowler's untuk bantu luaskan ruangan toraks.
  4. Tentukan trek pernafasan tiada sebarang kesekatan.
  5. Beri terapi oksigen.
indikasi pemberian terapi oksigen :
  1. Pesakit yang mengalami dispnea dan sinosis
  2. Pendarahan teruk
  3. Keracunan gas karbon monoksida
  4. Anemia yang teruk
  5. Kecederaan didada seperti fracture tulang rusuk.
  6. Asfiksia, kelemasan/ tercekik
  7. Renjatan
Oksigen boleh dibekalkan melalui 2 cara :
  1. Oksigen berselinder
  • ada yang kecil ( boleh dibawa bersama strecther) dan ada juga selinder yang besar.
  • digunakan apabila memindahkan pesakit.
   2.   Sistem saluran paip
  • Dipanggil 'centralised oksigen supply' dimana oksigen dibekalkan dari selinder besar yang terletak disatu tempat khas, kemudian paip ini di pasang ke dinding oksigen diambil terus daripada 'wall outlet', di bahagian atas hujung kepala pesakit.
Prinsip-prinsip dalam pemberian oksigen :
  1. Beri jumlah mengikut arahan doktor.
  2. Perisa alat-alat yang digunakan, seperti tangki yang betul(tidak kosong), labelkan KOSONG jika selinder telah kosong dan cabut regulator, alat-alat tidak bocor, sediakan tangki tambahan.
  3. Pastikan trek pernafasan pesakit tidak tersekat.
  4. Gunakan saiz kateter yang sesuai.
  5. Beri jagaan mulut setiap 3-4 jam.
  6. Membersih dan membasmi alatan dengan betul.
  7. Lakukan asesmen terhadap pesakit.
  8. Catat dan lapor sebarang keabnormalan.
Kaedah-kaedah terapi oksigen :
  i) Kateter nasal
  • Tiub yang diperbuat dari getah/plastik yang berfleksibel.
  • Oksigen yang diberi dalam konsentrasi yang rendah 1-6 liter/minit = 30-35 % (tidak melebihi 45%).
  • Dewasa ( 4-6 liter/minit), kanak-kanak (1-2 liter/minit)
 ii) Kanula Nasal (Nasal Prong)
  • Ia terdiri dari plastik/getah tiubing pendek 'curved prong' untuk dimasukkan ke rongga hidung.
  • Panjang 0.6-1.2 sm bersambung dengan tiubing prong kanan dan kiri dapat menerima bekalan oksigen.
  • pemberian oksigen 1-6L/min, konesntrasi 24-44%.
 iii) Topeng Mask
       Terbahagi kepada tiga :
  • Simple Mask









 High flow mask

Venturi / venti mask / hudson mask

iv) Khemah oksigen (tent)

  • Diperbuat daripada plastik transparent-menutupi katil sepenuhnya.
  • Konsentrasi oksigen 30-35%
  • Jarng digunaka kerana isipadu oksigen yang diperlukan terlalu banyak untuk memenuhi tent tersebut.




0 comments:

Post a Comment