Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday 27 July 2011

DIET TERAPUTIK..

Diet teraputik merupakan diet yang diberikan kepada patient atas arahan doktor ataupun dietitian seperti penyakit Diabetes Mellitus, hypertension, Coronary Artery Disease, renal failure dan gout.

Selera makan boleh dipengaruhi oleh ;
  • kesakitan ~ kesakitan boleh mempengaruhi selera makan seseorang kerana rasa sakit selera makan dan penerimaan makanan terganggu dan pengambilan makanan berkurangan. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah beri ubat tahan sakit seperti yang diarahkan doktor. Elakkan dari melakukan tatacara yang menyakitkan pada waktu malam.

    •  kegemaran ~ di hospital, kemungkinan makanan yang disediakan tidak digemari olehnya. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan tanya pesakit makanan atau cara masakan yang digemarinya, buat tempahan makanan mengikut kegemaran pesakit jika protokol institusi atau hospital membenarkannya. 






    • persekitaran ~ persekitaran yang kotor dan bau-bauan yg tidak menyenangkan juga akan mempengaruhi selera makan pesakit. Cara mengatasi masalah ini ialah dengan memastikan persekitaran wad bersih dan bebas dari bau-bauan yg tidak menyenangkan. Keluarkan bedpan dan urinal sebaik sahaja pesakit menggunakannya.




    • kebersihan oral ~ mulut yang tidak bersih dan berbau akn mengurangkan selera makan pesakit. Cara mengatasi masalah ini ialah dengan memastikan mulut pesakit dibersihkan tiap2 hari dan berikan kumuran kepada pesakit sebelum dan selepas makan.





    • tekanan  emosi/ketakutan ~ tekanan emosi boleh mengganggu selera makan pesakit. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberi sokongan emosi, cuba utk membantu dan menyelesaikan masalah pesakit.





    • umur ~ pesakit yg tua kurang selera makan, pesakit yg tiada gigi dan pesakit yg mempunyai masalah penghadaman. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberikan makanan lembut yg mudah dikunyah dan suap pesakit jika tidak berdaya.



    • penyakit ~ pesakit diabetes dan hipertensi terpaksa mengawal pemakanannya  menyebabkan pesakit bimbang dan seleranya terganggu. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai pemakanan dan berikan handout utk dijadikan rujukan dr semasa ke samasa.

    Jenis-jenis teraputik diet ;

    Normal diet.
    - makanan yg seimbang yg diberikan kpd semua pesakit.
    - tiada kawalan makanan 
    Soft diet.
    - makanan seimbang yg mudah dihadam dan dikunyah utk kegunaan badan.
    - dalam bentuk bubur atau sup
    - termasuk nestum,oats dan roti.




    Light/ bland diet.
    - makanan yg lembut yg tidak mempunyai rempah dan tidak berserat.
    - diberi khas utk pesakit gastro - usus seperti gastric atau duodenal ulcer, gastrititis dan cirit birit.
    - contohnya seperti susu dan krim, ikan kukus, telur rebus dan pudding/ kastard.







    High protein diet.
    - makanan yg mengandungi lebih protein utk membantu npembinaan sel-sel untuk memepercepatkan pemulihan penyakit.
    - diberikan kepada pesakit selepas pembedahan, terbakar atau melecur kerana kehilangan plasma, cedera, ibu-ibu mengandung dan semasa penyusuan. 
    anemia.
    - contoh makanan yg tinggi protein ialah daging, ikan, ayam, susu dan keju. 

    Low protein diet. 
    - makanan yg mengandungi kurang protein.
    - diberi kpd pesakit yg mengalami gangguan dalam metabolisma protein.
    - contohnya pesakit yg mengalami kegagalan renal dan hepar.




    Low salt diet.
    - kurang garam kerana garam menyebabkan air berkumpul di tisu dan sel.
    - utk mengawal imbangan air dalam badan dan mengurangkan edema.
    - untuk pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang, kardiovaskular, pre-eclampsia(komplikasi kehamilan)
    - elakkan mengambil jeruk, kicap, sos, telur masin dan ikan masin. 









    Fat free diet. 
    - diet tanpa lemak untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam darah.
    - elakkan mengambil organ haiwan (limpa,hati), elak makan makanan berlemak (mentega, keju, coklat)
    - ambil ayam tanpa kulit, ambil susu tanpa lemak (skim milk), tambahkan minyak sari sayuran (minyak jagung, minyak kelapa sawit, marjerin.
    Low fat diet.
    - kandungan lemak dan minyak yang dikurangkan bawah paras keperluan harian.
    - makanan ini direbus, kukus atau dibakar.
    - untuk pesakit kolestisisis (inflamasi di pundi hempedu), kekuningan di kulit yang disebabkan oleh duktus hempedu yg tersekat.





    Diabetic diet.
    - disediakan utk pesakit diabetes.
    - kurangkan lemak, karbohidrat, elak memberi makanan yg manis dan makan mengikut masa.
    - tambahkan makanan yg berserat.






    High calorie diet.
    - makanan yang tinggi kalori.
    - kansungan karbohidrat, protein dan lemak yg tinggi.
    - contohnya, susu cair atau tepung.
    - bertujuan untuk menaikkan berat badan, membaiki tisu yg rosak kerana melecur atau kebakaran.
    Nourishing fluids/ liquid diet.
    - cecair yg membekalkan zat seperti susu, milo sustagen, komplan dan sup.
    - diberi kpd pesakit selepas pembedahan tonsil, kepatahan tulang rahang, ulser yg teruk di mulut dan susah menelan, demam.
    - juga diberi melalui tiub utk pesakit yg tidak sedar diri, lumpuh, selepas pembedahan mulut atau tekak, pesakit yg terlalu lemah.



    Low residue diet.
    - makanan yg kurang serat dan gentian.
    - elakkan sayuran, bijirin dan buah-buahan.
    - untuk pesakit yang menjalani pembedahan usus.
    - untuk mengurangkan penghasilan hampas makanan, rehatkan trek penghadaman dan kurangkan pembentukan najis di hujung usus.
    High residue diet.
    - tinggi dlm serat utk memudahkan pembuangan air besar dan merangsang peristalsis.
    - makanan seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
      
    -untuk merawat sembelit.
     

    1 comments:

    Unknown said...

    Nourishing fluids

    Post a Comment