Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday 21 August 2011

KEPERLUAN ELIMINASI ( USUS )

Memenuhi Keperluan Eliminasi usus ( Bowel )

Eliminasi : Proses penyingkiran dari hasil perkumuhan metabolisma dari trek urinari dan penghadaman.


Ciri - ciri Normal Feses / Najis ( feces )
  1. Warna
  • Najis orang dewasa bewarna coklat kerana bercampur dengan pigmen bile ( stercobilinogen ) atau larutan penghadaman.
  • Najis bayi bewarna kekuningan kerana najisnya tinggi kandungan susu, selain sari stercobilinogen yang terdapat dalam najis tersebut.
     2.  Bau ( odor )
  • Aromatik - dipengaruhi oleh makanan yang terhadam ( eg. najis bau petai, jika seseorang baru makan petai ) dan flora bacteria di usus.
     3.  Amaun
  • Bergantung pada diet yang diambil ( anggaran 100 - 400 gram/ hari )
     4.  Kandungan ( constituents )
  • Segelintir serat yang tidak terhadam, sisa-sisa bakteria, sel-sel epitilia yang telah mati, lemak, protein, pigmen bile, sedikit bahan galian seperti kalsium, phosphate.
    5.  Kepekatan ( consistency )
  • Najis yang normal adalah lembut, separuh pejal ( semi-solid ) dan lembap.
   6.   Bentuk
  • Najis berbentuk selinder mengikut kontur rectum > < 2.5 cm diameter bagi najis orang dewasa.
Faktor Yang Mengubah Eliminasi normal Usus / defekasi
  1. Kesakitan
  2. Diet
  3. Cecair
  4. Iritasi
  5. Amalan defekasi / gaya hidup
  6. Medikasi
  7. Faktor psikologi / keadaan emosi
  8. Keadaan patologik
  9. Umur dan perkembangan
  10. Prosedur Diagnostik
  11. Anesthesia dan surgeri
Masalah Biasa Eliminasi Feses
  1. Sembelit ( constipation )
  • Suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, atau feses adalah keras, kering dan kecil, atau perkumuhan feses menjadi sukar atua sakit.
    2.  Inkontinen Feses ( feces incontinence )
  • Suatu keadaan dimana seseorang hilang keupayaan voluntari untuk mengawal pengeluaran feses dan discaj gas melalui anal sphinter. 

0 comments:

Post a Comment